.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Sunday, September 27, 2009

Anakku Tuntutlah Ilmu..


26/09/09 (Sabtu) Airport Kota Bharu: Anak-anak kroni- (Depan Dari Kiri) Kak Cik, Adik Yah (Belakang Dari Kiri): Na, Abe, Kakak, B )



26/09/09 (Sabtu) KLIA : 8.45 malam Taklimat JPA kepada 29 pelajar ke RCSI oleh Pegawai JPA



9.15 malam Sempat bergambar bersama sebelum bertolak

Pada tanggal 26 September 2009 (Sabtu) , saya bersama keluarga terdekat telah diberi kesempatan oleh Allah SWT menghantar anak sulong kami untuk belajar di tanah seberang iaitu di Ireland. Bertolak dari rumah jam 8.00 pagi ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu. Dari Kota Bharu, kami tiga beranak ke KLIA jam 10.15 pagi dan anak-anak yang lain termasuk keluarga kembali balik ke rumah.

Tiba di KLIA , setelah simpan bag ditempat simpanan berbayar kami terus ke KLCAT dengan KLIA Ekspress, mengambil teksi ke KLCC untuk urusan pertukaran mata wang RM kepada EURO. Walaupun hari cuti, Bank CIMB dan RHB terus beroperasi seperti biasa.Alhamdulillah, nata wang RM dapat ditukarkan kepada bentuk Traveller Cheque demi keselamatan dalam perjalanan. Juga tukarkan hampir RM3200 kepada EURO 600 dalam bentuk tunai. (Kadar EURO 1 = RM 5.16 )

Padatnya urusan ini kerana tawaran ke ROYAL COLLEGE OF SURGEONS IN IRELAND (RSCI) baru diterima 4 hari sebelum menyambut Aidilfitri 1430 H. Terdapat 3 tawaran iaitu di International Medical Universiti di Kuala Lumpur, Tawaran kedua di Univerity College Dublin Ireland dan yang ketiga di RCSI ini.

Setelah selesai di KLCC kami berteksi terus ke Kedai Buku Perubatan di hadapan HKL kerana jika beli di Ireland, harganya begitu mahal.Balik ke KLIA dengan KLIA Ekspress dan jam 6.00 petang, semua pelajar berkumpul untuk urusan begasi. Begitu ramai pelajar yang akan ke luar negara dengan destinasi berbeza di bawah tajaan JPA, KPM dan MARA. Di bawah tajaan JPA (Perubatan)seramai 29 orang iaitu 8 lelaki dan 21 perempuan. Tajaan KPM merupakan pelajar TESL yang bakal menjadi guru Bahasa Inggeris apabila pulang nanti.Manakala di bawah tajaan MARA terdapat ramai juga yang mengambil jurusan perubatan.

Taklimat JPA bersama pelajar mereka bermula jam 8.45 malam dan berakhir jam 9.15 malam. Pelajar ini dipecahkan kepada dua kumpulan penerbangan iaitu 25 pelajar menaiki MAS ke london dan 4 pelajar lagi menaiki MAS ke Paris. Dari lokasi ini mereka dengan pesawat Ireland terus ke Dublin. 4 pelajar ini termasuk anak saya, Wan Mohamed Iqbal tanpa diiringi oleh pegawai JPA. Mereka berempat (3 Lelaki dan 1 perempuan) bergerak secara berdikari untuk ke Dublin.

Setelah masing-masing mendapat tempat dipesawat, kami juga turut mendapat tempat untuk kembali ke Kota Bharu jam 10.35 malam. Mereka bertolak jam 11.35 malam.

Dalam penerbangan ke Kota Bharu, saya terfikir beberapa perkara iaitu:

1. Rasullullah menyeru umatnya di bumi Mekah, tuntutlah ilmu sehingga ke negara Cina begitu jauh jaraknya dan kenderaannya hanyalah berunta... Itulah kepentingan ilmu - menjadi fardu kepada kita umat islam.

2. Yuran tahunan pengajian di RCSI berjumlah EURO 31,000 ( tukarkan kepada RM..banyaknya). Makan minum dan tempat tinggal hampir EURO 1,000 sebulan Itulah sumbangan kerajaan kepada rakyatnya demi kamajuan negara masa depan.

3. Dimana tempat belajar anak-anak kita bukan soal utama, yang penting adalah adalah kesedaran mereka untuk menuntut ilmu dan semua guru yang mengajar / mendidik mereka adalah guru yang hebat. (Pencapaian anaknda ssya dalam SPM 2006-BM 1A,BI 1A,PI 1A,SEJ 1A,M 1A, GEO 1A,MT 1A,Fizik 1A, Kimia 1A,Biologi 1A,EST 2A)

4. Ikan yang hidup, tidak akan mejadi masin dagingnya walaupun ia berada di lauatan garam berkepekatan tinggi. Tetapi jika ikan itu mati, dagingnya akan mrnjadi masin.Kata orang tua, jangan korbankan kehendak agama, adat dan budaya kita apabila kita berada dalam persekitaran yang berlainan dari sebelum ini. Jika terikut dengannya bererti kita telah dimasinkan sedangkan kita masih hidup.

Satu mesej tiba jam 8.32 malam (Malaysia)atau 12.32 tengahhari (Ireland) 27 SEPTEMBER 2009 setelah hampir 13 jam penerbangan menyatakan Wan, Abe telah tiba ... Syukur alhamdullilah.

Terima kasih kepada Pegawai JPA. Terima kasih kepada sahabat pegawai JPN yang banyak membantu mengurus tugas Jabatan,terima kasih kepada semua guru/pensyarah yang mendidiknya sehingga berjaya (Tadika Pihamar/SK Tiong/SMK Kota/UiTM) juga semua rakan kenalan.

Seminggu begitu memenatkan sehingga saya menyambung cuti 2 hari lagi dan kembali bertugas pada hari Selasa, 29 September 2009.


Buat semua pelajar, teladanilah mereka yang telah berjaya.. Kerana anda merupakan penerus kepimpinan dan pengurusan negara.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh